Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: Ogos 2026
AllOrder ("kami"), dikendalikan oleh CKT Global, ialah platform pesanan digital untuk perniagaan F&B di allorder.cktlink.com dan subdomain kedai (contoh: namakedai.cktlink.com). Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpul daripada pelanggan dan peniaga, serta cara ia digunakan.
1. Maklumat Yang Dikumpul
Bergantung kepada cara anda guna AllOrder, kami boleh kumpul: nama, alamat e-mel dan kata laluan (pendaftaran akaun); nombor WhatsApp (pelanggan & peniaga); alamat perniagaan dan lokasi (peniaga, melalui Google Maps semasa onboarding); butiran pesanan (item, kuantiti, harga, nombor meja, masa pesanan); gambar slip pembayaran (jika kaedah bayaran manual); dan log asas pelayan (IP, jenis pelayar) untuk tujuan keselamatan.
2. Cara Kami Guna Maklumat
Maklumat digunakan untuk: memproses dan mengesahkan pesanan; menghantar notifikasi status pesanan (WhatsApp/push notification); membolehkan peniaga menguruskan kedai, menu dan pesanan mereka; ciri Loyalty/CRM (mata ganjaran, promosi) apabila digunakan; pengiraan caj perkhidmatan dan baki kredit peniaga; serta menambah baik dan mengekalkan keselamatan platform.
3. Perkongsian Maklumat
Butiran pesanan pelanggan (nama, nombor telefon, item pesanan) dikongsi dengan peniaga (tenant) berkenaan sahaja bagi tujuan memproses pesanan tersebut. Maklumat pembayaran diproses melalui gerbang pembayaran DOKU bagi peniaga yang menggunakan kaedah bayaran atas talian. Kami TIDAK menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.
4. Penyimpanan & Keselamatan Data
Data disimpan menggunakan infrastruktur Supabase dengan kawalan akses berperingkat (row-level security) supaya setiap peniaga hanya boleh mengakses data kedai dan pesanan mereka sendiri. Walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data, tiada sistem yang 100% selamat sepenuhnya.
5. Cookies & Storan Tempatan
AllOrder menggunakan localStorage pelayar (bukan cookies pengiklanan pihak ketiga) untuk fungsi troli beli-belah semasa anda melayari kedai. Kami tidak menggunakan tracking pengiklanan pihak ketiga.
6. Hak Anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan, atau pemadaman maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butiran di bahagian bawah dasar ini.
7. Kanak-Kanak
Perkhidmatan AllOrder tidak ditujukan khusus kepada kanak-kanak bawah umur, dan kami tidak sengaja mengumpul maklumat daripada kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa/penjaga.
8. Perubahan Kepada Dasar Ini
Dasar ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dikemaskini pada muka surat ini bersama tarikh kemas kini terbaru.
9. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel yang disediakan di footer laman web.